Umat-Kristian.net
Perubahan terakhir: 24 Ogos 2016
Muka hadapan
Siapakah kami?
Islam Benar
beritabaik@umat-kristian.net

Ketika mereka mendengar hal itu, hati mereka tersayat, lalu mereka bertanya kepada Petrus dan rasul-rasul yang lain,
"Apa yang harus kami perbuat, Saudara-saudara?"
(dapat dibaca in Kisah Para Rasul 2:37)


Tsunami: mengapa Tuhan membiarkannya?

Orang-orang Yahudi pada tahun 30 Sps.Mas. bertanya kepada diri sendiri, setelah mereka mendengar Petrus berkata tentang Yesus. Kami telah membuat pertanyaan yang sama, bukan sahaja kami, tetapi juga setiap seorang yang menanyai soalan tentang makna hidupnya, tidak kira sama ada dia Ateis, Buddis atau Katolik.

Kami dibesarkan dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang berbeza. Ada juga daripada kami yang dahulu Ateis. Tetapi kemudian kami nampak dan tahu dengan pasti bahawa jalan-jalan yang berbeza tidak menuju kepada tujuan yang sama. Ada banyak jalan yang kita boleh pilih. Banyak orang menawarkan jawapan - mazhab Protestan, Katolik, saksi-saksi Jehova, Adventis, Metodis, Pentekostal, Buddis, Muslim, Ateis, ... soalannya:

Manakah jalan yang betul? Apakah kebenaran?

Sering kali kita mendengar jawapan seperti "Setiap orang mempunyai kebenarannya sendiri" atau "Tiada siapa yang betul-betul tahu mengenainya". Kami pula fikir bahawa pernyataan-pernyataan ini bercanggah dengan fakta, yang menyatakan bahawa satu kenyataan wujud. Sama ada bumi kita adalah satu sfera atau satu cakera. Kedua-duanya sekali adalah mustahil. Realiti ini mutlak, tidak boleh ditukar dan tidak bergantung kepada pemerhatinya. Begitu juga dalam hal-hal agama. Dua perkara yang berbeza dan saling bercanggahan tidak boleh wujud pada masa yang sama, satu bagi anda dan satu bagi saya. Jika Kebangkitan Hidup Semula suatu kenyataan, penjelmaan semula tidak mungkin wujud. Jiwa seseorang tidak boleh memperolehi kedua-duanya di akhirat - sama ada hidup abadi atau penghapusan. Jika kebendaan telah dicipta oleh Allah, kebendaan tidak mungkin abadi atau sentiasa di sana. Mari kita teliti soalan-soalan yang lain, di mana dua jawapan yang bercanggahan pada masa yang sama mustahil: adakah Yesus Allah atau tidak? Adakah Allah mentakdir nasib dan akhirat seseorang sebelum dia dijadikan? Dapatkah seseorang murtad dari Allah? Adakah sifat semula jadi manusia baik atau jahat? Wujudkah neraka?

Tidakkah soalan-soalan ini mencabar setiap seorang yang mahu mengenali Allah supaya mereka membuat keputusan? Dapatkah kita tidak kisah sahaja akan soalan-soalan ini, jika kita betul-betul mahu mengetahui bagaimana kita patut hidup mengikut kehendak Allah?

Untuk menjawab soalan ini, kita tidak perlu wahyu yang baru atau suatu cara tafsiran yang baru. Kami juga tidak berpendapat bahawa kami sumber kebenaran - kami tidak mahu sama sekali bersikap angkuh atau berpendapat bahawa kami sempurna. Tetapi kami berpendapat bahawa kebenaran dapat diperoleh, kerana Yesus telah mendedahkannya kepada manusia.

Bagi sebahagian besar, kebenaran yang mutlak tidak wujud lagi. Relativisme memerintah pemikiran masyarakat kita. Pemikiran ini telah menjadi kebiasaan bagi banyak orang. Mereka fikir setiap pengetahuan hanya boleh relatif betul dan tidak boleh benar secara am. "Apa yang baik bagiku adalah apa yang betul" kata mereka. Jika semua pengetahuan yang relatif ini sah, akhirnya kita tidak perlu lagi kisah apa-apapun. Ukuran bagi baik dan jahat, betul dan salah tiada lagi. Setiap keperluan dan keinginan boleh dipenuhi. Sesiapapun boleh melukis syurganya bagi diri sendiri dengan warna-warna mengikut kehendak dan nafsunya. Dia mencipta agamanya sendiri yang sesuai bagi situasinya. Jika ini berterusan, agama akan dilihat sebagai satu cabang seni seperti fesyen, di mana orang ramai dipengaruhi oleh tren, dan sebaliknya, tren dipengaruhi orang ramai.

Tetapi jalan Allah berbeza:

"Lalu kata Yesus kepada orang-orang Yahudi yang telah percaya kepada-Nya, "Jikalau kamu tetap dalam firman-Ku, kamu benar-benar murid-Ku dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu." (Yohanes 8,31-32)

Dalam pandangan Allah, sesiapa yang tidak bertanya akan kebenaran tidak bebas. Dia mahu memerdekakan kita daripada nafsu dan dosa seks, rasa megah diri dan cemburu, rasa rendah harga diri dan kesombongan, keangkuhan dan kehendak untuk menonjolkan diri kepada orang lain. Dia mahu memerdekakan kita daripada pengajaran salah yang menggunakan cara-cara menyelamatkan diri yang menjadikan kita lebih tertumpu pada diri sendiri. Dia mahu juga memerdekakan kita daripada pemikiran salah yang dilihat sebagai "Kristen", di mana mereka aktif melibatkan diri untuk keadilan sosial, tetapi mengabaikan hal-hal rohani, seperti menentang dosa dan mengejarkan kekudusan. Dia mahu memerdekakan kita daripada pengajaran yang memberitakan pengampunan Allah tanpa mengundang mereka menjadi murid-murid Yesus. Dia memerdekakan kita juga daripada pengajaran yang menjanjikan kasih Karunia Allah tanpa menyebut tentang kepercayaan dan ketaatan yang diperlukan. Sebab itu, kami mahu juga mencari pengajaran dan kehendak Allah yang sebenarnya, dan hidup mengikutinya.

Pencarian ini telah membawa kami kepada soalan berikut:

Allah mahu saya menggunakan masa saya untuk apa? Bagaimana rupa persekutuan Kristen?

Rupa situasi pada masa orang-orang Kristen yang pertama begini:

"Mereka bertekun dalam pengajaran rasul-rasul dan dalam persekutuan. Dan mereka selalu berkumpul untuk memecahkan roti dan berdoa. ... Dengan bertekun dan dengan sehati mereka berkumpul tiap-tiap hari dalam Bait Allah. Mereka memecahkan roti di rumah masing-masing secara bergilir dan makan bersama-sama dengan gembira dan dengan tulus hati ..." (Kisah Para Rasul 2:42,46)

Berkumpul dan bertekun dalam pengajaran setiap hari adalah suatu hal yang biasa bagi orang-orang Kristen pada masa itu. Ini menunjukkan minat dan kasih mereka kepada Allah dan saudara-saudaranya. Begitu juga kehendak kami: kami mahu berkongsi hidup bersama-sama dengan saudara-saudara iman, membaca Alkitab bersama-sama, berkongsi sukacita, kekhuatiran dan perjuangan rohani. Oleh itu, kami sangat bersyukur kerana kami hidup dalam masa yang mempunyai prasarana pengangkutan dan masa pekerjaan yang baik (dahulu, mereka perlu bekerja lebih lama daripada kita hari ini) yang membolehkan kami bertemu hari-hari. Pertemuan setiap hari adalah satu penyataan kasih sayang. Ini juga satu kesan daripada kehendak untuk hidup dengan iman, untuk mencurahkan diri dan masa bagi Allah dan saudara-saudara - kami menggunakan masa kami bagi apa yang penting bagi kami.

"Jikalau seseorang berkata :"Aku mengasihi Allah," dan ia membenci saudaranya, maka ia adalah pendusta, kerana barangsiapa tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin mengasihi Allah, yang tidak dilihatnya. Dan perintah ini kita terima dari Dia: Barangsiapa mengasihi Allah, ia harus juga mengasihi saudaranya." (I Yohanes 4:20-21)

Persekutuan yang intensif ini banyak membantu kita dalam perjuangan rohani kerana kita dapat saling mendorong dan menguatkan semangat kita. Dengan itu, kita dapat mengamalkan apa yang tertulis dalam Surat kepada orang Ibrani 3:13:

"... tetapi nasihatilah seorang akan yang lain setiap hari, selama masih dapat dikatakan "hari ini", supaya jangan ada di antara kamu yang menjadi tegar hatinya kerana tipu daya dosa. " (Ibrani 3:13)

Kami tidak mahu suatu hubungan yang aman mesra tetapi cetek ataupun hubungan yang cuba memaparkan imej yang baik tetapi tidak benar. Sebaliknya, kami mahu saling mengaku dosa-dosa dan kelemahan-kelemahan kami dan saling membantu mengejar kekudusan.

"... sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi." (Yohanes 13:34)

Kami mahu hidup dalam kasih ini bukan sahaja pada hari Ahad ataupun hari perayaan, tetapi setiap hari; bukan sahaja dengan kawan-kawan, tetapi dengan setiap orang yang mahu hidup dalam kebenaran.


Siapakah kami?
Islam Benar

Internet: www.umat-kristian.net

Kirimilah kami email



Herewith we give our agreement to put a link of our homepage on any other website.
Documents on this website may be distributed in an unchanged and complete form for private use.
Publishing or using these documents in any other form or for any other purpose is only permitted subject to our agreement.
[IE6 or higher][1024x768][Full Screen(F11)]